Wednesday, September 8, 2010

Kenapa SerembanCORE?

Saya tertarik dengan satu sms yang dihantar kepada saya bertanyakan kenapa di dalam carta organisasi Seremban CORE lain dari yang lain. Maksudnya tiada jawatan samada yang ditauliahkan atau macam pertubuhan/kelab dimana ada jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan AJKnya. Untuk jawapannya, di sini saya maklumkan tentang Seremban CORE untuk perhatian rakan-rakan semua.

CORE adalah singkatan dari perkataan Communication dan Rescue. Unit CORE adalah merupakan unit baru Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) WP. K.Lumpur. Unit CORE ditubuhkan dengan hasrat untuk menggabungkan rakan-rakan radio amatur turut sama bergabung tenaga membantu semasa kecemasan dan bencana alam. Umum memang mengetahui, rakan radio amatur mempunyai kemahiran berkenaan radio komunikasi dan peralatan radio duahala. Ini juga selaras dengan perkara (c) dan (i) di dalam Guidelines For Amateur Radio In Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). Para ahli radio amatur diminta membantu memberikan bantuan radio komunikasi bilamana berlaku kecemasan dan bencana alam jika komunikasi sediada telah rosak (breakdown) atau tiada perhubungan komunikasi lansung. Begitu juga dalam perkara (i), dimana ahli radio amatur diminta menyertai (participate) dalam operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue).


Oleh kerana perkara seperti di ataslah, para ahli radio amatur bersemangat untuk menyertai sebarang aktiviti dalam memberikan bantuan radio komunikasi dan melibatkan diri dalam program mencari dan menyelamat. Apa yang berlaku selama ini, penglibatan para ahli radio amatur seperti tidak mendapat perhatian dari pihak yang mengendalikan operasi tersebut. Senario di negara kita adalah berbeda dengan negara luar. Di negara kita, apabila berlaku sebarang kecemasan atau bencana, tindakan seperti bantuan kemanusiaan atau lain-lain bantuan akan diambil-alih oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia. MKN telah mengeluarkan arahan-arahan melalui Peraturan-peraturan MKN (18,19,20 dll) berkenaan penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab semasa bantuan dan operasi tersebut. Di sinilah kenapa penglibatan para ahli radio amatur tersangkut. Tiada nama KELAB/PERSATUAN RADIO AMATUR yang tersenarai dalam peraturan tersebut.


Senario di atas kadangkala menyebabkan para ahli radio amatur mengwar-warkan di laman web supaya MKN menggubal semula peraturan-peraturan MKN dengan memasukkan RADIO AMATUR di dalamnya. Pada pandangan saya, adalah tidak wajar nama radio amatur dimasukan kerana saya berpendapat radio amatur adalah cuma satu HOBI. Mungkin pembuat dasar peraturan MKN mempunyai pendapat yang serupa dengan saya. Di negara kita banyak terdapat persatuan/kelab radio amatur dan kelab manakah yang akan dimasukan nama di dalam peraturan MKN untuk terlibat serta? Adakah MARES? ADEC? atau lain-lain persatuan/kelab yang menganjurkan kumpulan menyelamat? Apakah akan pasti kelab radio amatur akan datang di bawah satu bendera RADIO AMATUR? atau datang dengan membawa bendera kelab masing-masing? Apakah perhubungan radio komunikasi dapat diintergrasikan dengan pihak-pihak seperti PDRM, ATM, JPAM, BOMBA & PENYELAMAT sedangkan selama ini untuk berinteraksi dengan sesama kelab radio amatur pun agak sukar. Jika tidak kenapa tertubuhnya kelab penyelamat lain di dalam radio amatur sendiri. Fikirkanlah sendiri jawapannya.


Kenapa di dalam orginisasi SerembanCORE tidak mengikuti carta organisasi pasukan berunifom yang lain. PANGKAT adalah suatu perkara yang sinonim. Apabila ingin menubuhkan sesuati persatuan/kelab, perkara utama yang perlu dinyatakan adalah jawatankuasa penaja cthnya Pengerusi Penaja sehinggalah AJK Penaja. Apabila telah didaftarkan dan pertubuhan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), maka bermulalah berlakunya perebutan jawatan yang mana pada akhirnya pihak ROS sendiri akan membubarkan persatuan/kelab tersebut. Ini adalah berbeda dengan BSMM yang mana ianya tertakluk di bawah AKTA PARLIMEN. Hanya parlimen yang boleh membubarkan BSMM. Itupun tidak mungkin berlaku.


Kami di Seremban CORE mempunyai pandangan jauh dalam hal ini kerana kami sedia maklun keanggotaan kami adalah terdiri daripada para SUKARELAWAN. Kami memahami konsep sukarelawan tersebut. Khidmat kami sebagai sukarelawan di dalam BSMM adalah berbeza dengan sukarelawan dalam ATM. Kami tidak bersedia untuk dimaki dan diherdik kerana kami ikhlas untuk membantu. Kami ingin berkongsi pengalaman kami terutama dalam radio komunikasi dan membantu bila diperlukan. Kami ingin berkawan dan membantu kawan. Bersama-sama dalam sebarang hal. Itulah sebabnya kami tiada pangkat dalam organisasi kami. Kami melantik koordinator dan lain-lain rakan sebagai pengendali semasa operasi. Koordinator sebagai penyelaras dan terdiri daripada rakan yang berumur 40thn ke atas. Mereka yang berumur 39thn dan ke bawah, akan bertindak melaksanakan misi (apabila diperlukan). Sekian untuk kali ini dan akan bersambung lagi dimasa hadapan.

Operasi Menyelamat Di Brinchang, Cameron Highland, Pahang.

Sukarelawan Seremban CORE terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pegawai TLDM yang dilapurkan hilang di hutan Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang. Berita lanjut di sini

Sukarelawan SerembanCORE menyertai Hamfest 2010.

Sukarelawan SerembanCORE turut serta progran Hamfest 2010 di Menara KL. Berita Lanjut di sini

LATIHAN 'WILDERNEST SEARCH AND RESCUE'

Sukarelawan VAD Seremban CORE telah menjalani latihan 'Wildernest Search and Rescue' di Hutan Lipur Lenggeng, Negeri Sembilan. Berita lanjut di sini.